Saturday 24 November 2012

Aku adalah aku.....tak ada lelaki seperti aku, yg lebih baik mungkin ramai..



 Segalanya bermula di sini, saat aku ditempatkan di sini
2 Ikram menjadi persinggahan buat ku semasa di tingkatan 2, kemudian di sambung pula dgn 3 Ihsan...
semuanya Allah yg aturkan

2010 pula, ku berada di tingkatan 4. Nama yg sama, 4 Ihsan, namun aliran yg berbeza iaitu Aliran Sains Tulen Agama ( Religious Science Stream)

 Ni la classmate ku yg best + cool
Kami sentiasa bersama ketika suka mahu pun duka, ketika senang mahu pun susah, ketika sihat mahu pun sakit...

Pada tahun 2011 pula, kami dipisahkan. Perpisahan ini tidak bermakna ukhuwwah kami juga terpisah, tetapi perpisahan ini untuk kemaslahatan batch kami ~EXTESSO~ 
 batch yg diharapkan dpt menaikkan prestasi sekolah...
namun, kelasku masih nama yg sama, 5 Ihsan...hahha


Inilah aku, seorang pengawas & juga Ketua Rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq (rumah yg disayangi ramai)
Kelas ni pun tak kurang hebatnya. Ahli kelas ni ramah tamah semuanya...ditambah pula dgn guru kelas yg sangat baik hati. Beliaulah, Cikgu Nurul (oun wahid nama FBnya)

Di kelas ni, terhimpunnya Lembaga Kepimpinan Pelajar(LKP) & Badan Kepimpinan Pelajar (BKP)
antaranya, Ketua Badar, Ketua Rumah Umar, Pen Ketua Rumah Bakar & Ali, PRS lagi, ahi2 badar lagi, jawatan dlm persatuan lagilah byk...yg uniknya kelas ni, x dak Pengawas Library...hahaha
memang kami sempoi...........tapi, kepada Allah, Rasulullah, ibubapa, cikgu2 & kawan2 tidak sesekali kami lupa & alpa...

Mungkin diri ini bukanlah insan yg dikatakan cerdik, genius,pintar,bijak @ segala macam panggilan utk mereka2 yg pandai... pengalaman hidup yg banyak mengajar diri ini menjadi insan yg kepingin sekali berbakti kpd agamanya,hidupnya,keluarganya,sekolahnya & insyaAllah negaranya.
Guru2 banyak menghulurkan tangan memberi pertolongan bagi kami ini, remaja yg sedang mencari identiti diri...

Namun,setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu yg sering diungkapkan oleh kebanyakan penulis dalam tinta mereka...Masa sentiasa menjadi tembok pemisah..Bukan ingin menyalahkan masa,namun itulah realiti kehidupan.

Kami semua berpisah tepat pada 13 Disember 2011. Usai sahaja menjawab kertas Pend. Al-Quran & As-Sunnah walaupun pada esok hari students Teknikal ada 1 lagi paper...semua membawa haluan masing2...

Sementara menunggu result, ada yg bekerja & ada jugak yg duduk saja. Tak dilupakan bagi yg kena menyambut seruan perjuangan di PLKN, Darul Quran & sebagainya...

Aku pula, habiskan masa menunggu result dgn kerja di medan selera dkt rumah, kadang2 tolong jiran jual sate dkt pekan Isnin & Pekan Sabtu. Yang paling teruk, jarang2 tolong abah dekat workshop..hihi..
Mana taknya, habis kerja pkul 12 mlm, mestila bangun lewat...

Ni la namanya kehidupan....penuh dgn fantasi,khayalan & angan2...
takdir yg telah ditentukan di luh mahfuz lagi...
Yang menjadi rahsia Allah Yang Maha Kuasa

:)

No comments:

Post a Comment