Sunday, 23 December 2012

Hujung Minggu!!!


#TemaKaliIni
Disebabkan sem 2 ni aku dh terlalu taksub dgn twitter, maybe sbb wifi UIA yg agak laju berbanding sem panjang, semua benda yg ak nk tuis, mesti ada hashtag...WHY??? wallahu'alam.
Hujung minggu ni, aku tidak ke mana2. Cuma hari khamis ri2(20/12/12) Faris Azim, roomate aku ajak blk rumah akak dya kt Kajang. So, aku pun ikut la blk ngan dya nek motor. Wq2 ni, mcm2 cara n taktik km guna utk lpskn diri drpd Pak Guard..haha...agak pandai r.

1) Aku pinjam helmet kawan aku dkt FZC, so, kna la wak lek ke ABC..hoho. Pak Guard x syak pa2 pun la. Then, wq2 azan asar, km start plan kami. Kami 2 kluaq ikt pintu pagar masijd. Tapi tgk2 sorang pak guard ni berdiri terpacak btoi2 dpn pintu pagar. So, aku suruh Faris kluaq dulu, dya pon kluaq la...

2) Aku mcm mana plak?? haha...aku dah la dgn bawak helmet bagai..jalan ja depan pak guard, mx la nk kluaq ikut pintu pagar masjid, tapi dya x bg. So, aku kena la turun ikut pintu agar depan...ouh!!! S***

3) Sampai ja kt pintu pagar depan, pak guard kt situ mnx buku overnight pulak dahhh..dya bersyarah buang 5 minit,then dya bg lepas. Aku bg alasan kt dya yg waris aku mai ambik. Padahal, Faris yg kena ambik ku kt bawah...haha

Selesai kesah nk kluaq dr CFS, ni kesah spanjang perjalanan. Bawak punya bawak motor tu, tetiba hari nk hujan. Faris pon berenti la dekat KFC ( X taw cawangan mana). Dya kata nk mkn sat. So, aku pun tumpang sekaki la...seb bek dya ada Kad Diskaun Siswa. Dapatla murah ckit..hihi
Elok habeh ja makan, kami nk sambung la perjalanan. Tibah2 hujan start lebat...so berenti la dkt simpang RnR sat...fuh!!! basah truk kot!!
Pas2, kami pun sambung la lg perjalanan sampaila kt Apartment Seraya, Kajang Utama...Aku plan nk dok situ sampai hari Sabtu sbb Faris kata Sabtu ptg tu akak dya blk dr bercuti..klu aku ada lg, mmg segan la kan?? x pa la...duk la situ. Naseb bek la rumah kak dya ada wifi, buleh la guna internet...nk kata boring tu x la boring sgt...ada tv lg kan?? mlm tu tgk movie crita Batman yg last tu...(touching tgk Batman kena kepak 2)

Hari Jumaat plak, pagi2 bangun x mkn pa2..juz biskut2 n air kosong...(hidup orang bujang). Smayang Jumaat plan dkt Masjid UKM. Tu pun sbb aku dh terjanji dgn sorang senior sekolah ni nk beli baju t-shirt yg dya juai...hoho..agak menyesai r. Dah la 30 hengget. Melayang lg duit KPT aku. Dah la baru ni dh habeh wq2 overnight semata2 tgk crita The Hobbit( haram x best pon. 3 jam kot)

Lps habeh smayang, p la jumpa senior aku tu dgn muka yg manis diselaputi cuka...dya senyum sampai teling sbb dpt duit...huhu, "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna".
OTW balik rumah, hujan turun...terpaksa la brenti di persimpangan. Sambil tu, bli la lauk utk mkn satgi. Sampai ja rumah truih wak kluaq apa yg ada. Aku masak nasik, Faris hiris bawang. Pas2 kami masak nugget, sosej , bebola. Lps nasik masak, trus sambaq mcm helang nmpak ikan dlm laut. LAPAK GILA KOT!!!
kenyang perut, mata plak ngantuk. Tapi, aku mnx tgk movie. so, tgk la crita Battleship. Hebat gila grafic dya.  (mula tu faris ajak tgk crita Seafood. mmg aku x tgk sampai habeh la kan??)
Malam pun menjelma tanpa disedari. Hujan renyai2 merancakkan jumaat mlm sabtu itu.sebelum tu plan nk p Old Town. tp, x yah lah, kita masak ja kt rumah. Of corse la Maggie kan? masak maggie, boh carrot ckit, sosej ckit, bebola ckit.Masak 3 bungkus(sifat tamak di situ). Tgk2 x habeh pon. Besa lah, Nafsu Manusia!
Kali ni, mmg ngantuk tahap dewa. so, Aku masuk tidoq awai...huhu. Tomorrow nk blk CFS.
Pagi yg gelap,
Kini sudah cerah,
Aku dh bangun!!!! ready to go back to CFS
tepat pkul 9.30 pg, aku ajak faris hntr aku kt Stesen KTM KAJANG. Aku dh mandi, tp dya dak. It's ok. Aku ja yg nk blk, dya blom. wq2 dlm KTM, sesak gila kot. Mcm tin sardin. berlaga pompuan cina lah, india lah, sikh pun ada. Yg aku nek anginya, kerajaan dh buat dh koc utk pompuan, tp tergedi2 nk dok yg koc umum ni gak. tension gak r! sampai ja Stesen Mid Valley, trus aku kluar. Niat di hati nk berjalan2 lepak2 kt Mid Valley. Tp, x pe lah. Nanti mesti habeh duit,"bisik hati ku"
Izan. aku decide utk blk je..wlaupun baru pkul 11.30 pg. Sampai ja bilik, trus sambar baju2 yg x basuh lg n mulakan kerja2 basuh baju. Baru tringat yg aku x mkn apa2 lg. After that, p la turun kafe ABC n mkn. Kali ni, mmg hati ku berkata benar, kafe ni ja yg masak mknn kampung yg sedap. Tp, I don't know why the students still don't go to the cafe??? mungkin, x sampai seru lg kot....ahhhhh!!!!!! biaq p la kt depa. Asalkan aku dpt mkn. Kenyang perut, blk bilik main leptop. (ayat budak2 sgt, "main leptop").
sampai la ke maghrib. then dr maghrib sampai la ke tgh mlm. Aku kesaorangan. compartment aku ada 4 tilam, semua bk kecuali aku...compartment belah kiri bdk2 DQ yg perasan baguih, belah kanan senior2 yg baik gak r. depa nice. Tp, aku ni stail klu org x tgur, malaih aku nk tegur depa. So, kesimpulannya kt cni, I'm alone. Maybe mlm ni pun sama gak

Ahad, (23/12/12)
Aku bangun suboh pkoi 6.43, then sambung tidoq sampai la pkoi 11.30. Mmg rezzeki masuk melimpah ruah la kan>>? aku mulakan langkah ku yg pertama dgn pegang penyapu & penyodok. sapu bahagian meja tudy yg selama ni aku x pernah guna pon sbb depa lain guna. Sampai ayaq sirap free yg 3 minggu lps pun ada lg, plastik cekelat, btoi2, habuk x payah crita la kan?? Then, susun kasut n selipar.
( nk buat mcm mana lg, mata aku mmg pantang klu tgk smpah @ keadaan berselerak)



x cayya?? tanya la kwn2 sekolah aku.

Samai lah la ni, pkoi 17.18 petang, aku still melengkaq atas katil sorang2. la ni tinggai aku ngan sorg ja roomate aku, abg Fadzly. Lagi 14 kluaq ntah ke mana. mau x mau, mlm satgi blk la depa.

JOM SOLAT!!!

#writing & thinking through experience
:)

Friday, 14 December 2012

Yakin Dengan Allah! Berjuang Mencapai Redha-Nya. Senior I-KUPS Yg Patut Dicontohi

Yakin Dengan Allah! Berjuang Mencapai Redha-Nya




#moga kejayaan beliau dapat menjadi inspiras buat kita semua...
x kesah la bidang apa yg kita belajar skali pun....
May Allah Bless Us..Amin Ya Rabb

Sunday, 2 December 2012

WASIAT LUQMAN BUAT IBUBAPA







Ibubapa adalah orang yang perlu kita hormati...
Tanpa mereka, siapalah kita????
tepuk dada , jangan ditanya pada selera, tp tanyalah pada  Iman kerana ia lebih dekat dengan Tuhan :)

 Jasa seorang ibu, yang x pernah menghirau erti penat & makna lelah dalam mencari rezeki, untuk anak2 yang dilahirkannya di dunia ini!!

SYUKRAN UMMI, SYUKRAN ABI!!!


Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan namaSurah Luqman.
                        Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!
Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':
                        "Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"
                        Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.
U/P :
  1. Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
  2. Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.
Permasalahan Pertama:
Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah s.w.t.Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!
                        Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!
                        Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!
                        Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.
Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
                        "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."
 Permasalahan Kedua:
                        Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.
                        Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.
Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".
Permasalahan Ketiga:
                        Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.
                        Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.
                        Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"
Permasalahan Keempat:
                        Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
                        Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"
Permasalahan Kelima:
                        Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yangAllah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!
                        Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu "
Permasalahan Keenam:
Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"
Permasalahan Ketujuh:
                        Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.
                        Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:
"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"
Permasalahan Kelapan:
                        Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).
                        Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "
Permasalahan Kesembilan:
                        Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"
Permasalahan Kesepuluh:
                        Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta,suami isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.
                        Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.
                        Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"
Permasalahan Kesebelas:
                        Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.
                        Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang baik.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"
Permasalahan Kedua Belas:
                        Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"
Permasalahan Ketiga Belas:
Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan sihat.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan besederhanalah dalam berjalan"
Permasalahan Keempat Belas:(terakhir)
Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar"



Keluarga Bahagia adalah apabila ibu, bapa, kakak, abang, adik & semua ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain...
Sungguh, setiap perkara ini akan disoal di akhirat kelak



credit to :http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/wasiatluqman.htm
kerana blog ini telah membantu saya untuk menyelesaikan assignment arab saya utk sem 2 ini 
xie xie!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, 1 December 2012

Arabic keyboard 2012 ™ أسرع موقع للكتابة بالعربية

Arabic keyboard 2012 ™ أسرع موقع للكتابة بالعربية
 Ni adalah tempat yg perlu kurujuk untuk melakukan assignment arab...
besalah, dh dalam komputer x de perisian arab
moga2 dpt bermanfaat kpd semua

Zaman Sekolah Yang Masih Belum Selesai!!! -siri 1-



Kali ni, aku still nk crite lg pasal zaman sekolah..hahaha. Biaq la sape2 nk kata sbb bg aku, zaman sekolah adalah zaman keemasan yg memang x buleh dilupakan. Mai aku bawak anda semua, kite telusuri satu persatu naih!!!
Ni la dya lambang batch aku wq2 Form 5...agak style r...nama batch kami, EXTESSO.
Explanation dya aku x taw la nk bg taw mcm mana sbb panjang sgt. Apa yg aku ingat, Excellent,Talented  Student  Organisation kot! hehe
Seramai 139 (plus-minus) yg menghuni organisasi nih! Gambar ni ditangkap wq2 Majlis  Graduasi kami dekat  Holiday Villa Hotel,Alor Star,Kedah Darul Aman..

Apa lagi hah??? 
Aku ni suka letak gambar byk2. tu memang x dpt dihindari sebab, dalam 1 gambar tu, boleh crita byk makna...kesah suka,duka,gembira,sedih & byk lagi...
1 lagi habit aku yg x boleh aku elakkan adalah letak titik byk2 utk mengakhiri ayatku. Contohnya mcm ni lah ..........

Haaaa, nampak tak ni pe dya??? ni la gambar kelas aku lps tamat saja majlis tuh...memang berposing sakan la  kami ni kan?? sekali dgn cikgu...haha

yang ni pulak, gambar prefects Form 5...ni kami pakat2 tangkap dekat  bahagian atas hotel tuh...seharian tu memang hotel tu kami yg punya lah
ni memang kenangan yg paling best sekali lah. zaman menjadi pengawas penuh dengan asam garam. caci maki dr students & cikgu memang x boleh dihindari lagi...tulah namanya ujian. besalah, dh nama pun kehidupan kan>?? kalau x de masalah, bukan ujian namanya tu..
waktu ni, kami bekerja dalam 1 organisasi. yang bestnya, kalau ada masalah, akulah tempat semua orang mengadu. aku ni macam dh jadi doctor plak kan?? masalah aku plak, nk mengadu kt sapa???
ya, pastinya hanya pada Allah s.w.t!!!
Setiap sekolah mesti ada mentor-mentee kan?? ha, ni lah dya mentor-mentee aku...gabungan pengawas dari rumah  aku, SAYYIDA ABU BAKAR & SAYYIDINA OTHMAN. dah la 2 rumah ni tengah bersaing hebat laz year...walaupun cikgu rumah aku merangkap cikgu sejarah aku dalam pantang waktu tuh,  tapi perjuangan tetap diteruskan...kami pantang menyerah(CHEEE WAHH)..
Tapi, kami kalah dengan rumah othman. rumah aku hanya dapat no 2(KESELURUHAN)
huhuhu 
yeayyy!!!!! ni lah dya, lambang yg menjadi kebanggaan rumah aku. tahun 2011 baru ada taw benda nih. hasil usaha  aku & penolong rumah aku, Mas Fasrah( sekarang study dekat Mesir,Medic) serta cikgu Eff.


Habis lah kisah dkt sekolah utk siri 1. x terpikir plak nk buat berapa siri utk post kali ni...........


"SELAMAT MEMBACA!!!"

















Saturday, 24 November 2012

Aku adalah aku.....tak ada lelaki seperti aku, yg lebih baik mungkin ramai..



 Segalanya bermula di sini, saat aku ditempatkan di sini
2 Ikram menjadi persinggahan buat ku semasa di tingkatan 2, kemudian di sambung pula dgn 3 Ihsan...
semuanya Allah yg aturkan

2010 pula, ku berada di tingkatan 4. Nama yg sama, 4 Ihsan, namun aliran yg berbeza iaitu Aliran Sains Tulen Agama ( Religious Science Stream)

 Ni la classmate ku yg best + cool
Kami sentiasa bersama ketika suka mahu pun duka, ketika senang mahu pun susah, ketika sihat mahu pun sakit...

Pada tahun 2011 pula, kami dipisahkan. Perpisahan ini tidak bermakna ukhuwwah kami juga terpisah, tetapi perpisahan ini untuk kemaslahatan batch kami ~EXTESSO~ 
 batch yg diharapkan dpt menaikkan prestasi sekolah...
namun, kelasku masih nama yg sama, 5 Ihsan...hahha


Inilah aku, seorang pengawas & juga Ketua Rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq (rumah yg disayangi ramai)
Kelas ni pun tak kurang hebatnya. Ahli kelas ni ramah tamah semuanya...ditambah pula dgn guru kelas yg sangat baik hati. Beliaulah, Cikgu Nurul (oun wahid nama FBnya)

Di kelas ni, terhimpunnya Lembaga Kepimpinan Pelajar(LKP) & Badan Kepimpinan Pelajar (BKP)
antaranya, Ketua Badar, Ketua Rumah Umar, Pen Ketua Rumah Bakar & Ali, PRS lagi, ahi2 badar lagi, jawatan dlm persatuan lagilah byk...yg uniknya kelas ni, x dak Pengawas Library...hahaha
memang kami sempoi...........tapi, kepada Allah, Rasulullah, ibubapa, cikgu2 & kawan2 tidak sesekali kami lupa & alpa...

Mungkin diri ini bukanlah insan yg dikatakan cerdik, genius,pintar,bijak @ segala macam panggilan utk mereka2 yg pandai... pengalaman hidup yg banyak mengajar diri ini menjadi insan yg kepingin sekali berbakti kpd agamanya,hidupnya,keluarganya,sekolahnya & insyaAllah negaranya.
Guru2 banyak menghulurkan tangan memberi pertolongan bagi kami ini, remaja yg sedang mencari identiti diri...

Namun,setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu yg sering diungkapkan oleh kebanyakan penulis dalam tinta mereka...Masa sentiasa menjadi tembok pemisah..Bukan ingin menyalahkan masa,namun itulah realiti kehidupan.

Kami semua berpisah tepat pada 13 Disember 2011. Usai sahaja menjawab kertas Pend. Al-Quran & As-Sunnah walaupun pada esok hari students Teknikal ada 1 lagi paper...semua membawa haluan masing2...

Sementara menunggu result, ada yg bekerja & ada jugak yg duduk saja. Tak dilupakan bagi yg kena menyambut seruan perjuangan di PLKN, Darul Quran & sebagainya...

Aku pula, habiskan masa menunggu result dgn kerja di medan selera dkt rumah, kadang2 tolong jiran jual sate dkt pekan Isnin & Pekan Sabtu. Yang paling teruk, jarang2 tolong abah dekat workshop..hihi..
Mana taknya, habis kerja pkul 12 mlm, mestila bangun lewat...

Ni la namanya kehidupan....penuh dgn fantasi,khayalan & angan2...
takdir yg telah ditentukan di luh mahfuz lagi...
Yang menjadi rahsia Allah Yang Maha Kuasa

:)